Monday, 6 May 2013

Resepi mudah: Sotong masak Kicap

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda percaya mitos yang dikatakan Black bahawa makan kicap dapat menggelapkan kulit? YA, aku juga peminat penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti itu tetapi aku TIDAK mempercayai tip kecantikan yang beliau uar-uarkan dalam satu artikel kesihatan yang telah terpampang di dada akhbar tidak lama dahulu. Sebaliknya, aku suka makan lauk masak kicap dan hari ini aku nak berkongsi satu resepi mudah yang telah diajar oleh mamaku yang terchenta~~~kepada anak-anak dara yang sedang bercuti akhir semester di luar sana, jangan asyik mencekik je kerjanya, sama-samalah kita memajukan diri dalam bidang masak memasak. Oh ya, buat En.Black, selamat maju jaya:)) hihi

Sotong masak kicap


Bahan-bahan:

-Sotong besar(6 ekor) amboi panjangnya sesungut2 sotong ni, kena radioaktif ke hape??
-Bawang merah (2 biji)
-Bawang putih (2 ulas bukan 2 labu)
-Bawang besar (separuh)
-Halia (potong sikit je, mama cakap halia ni hanya untuk hilangkan bau hanyir sotong tu aje)
-Cili giling (3 sudu besar)
-kicap (secukup rasa)
-Kuali, sudip kayu dan minyak masak.

Cara-cara:

1. Mula-mula, panaskan minyak.

2. Sementara menunggu minyak dan kuali tu panas, kopek kulit 3 jenis bawang tadi dan potong kecil-kecil. Halia juga.

3. Pastikan minyak dah betul-betul panas, masukkan bahan-bahan yang telah dipotong. Tumiskan sehingga garing dan naik baunya. Semakin garing bahan-bahan yang ditumis tadi, semakin sedaplah sotong masak kicap kalian nanti.

4. Masukkan cili giling. Tumis sampai garing juga. Beli cili giling segera je, tapi kalau kalian ada penggiling (bukan tenggiling) sendiri kat rumah gilinglah cili-cili tu sendiri. Lebih bermaknalah masakan kalian dan kemungkinan untuk kempiskan perut yang boroi juga tinggi.

5. Masukkan sedikit air jika tampak terlalu likat. Kemudian masukkan kicap secukup rasa. Agak-agak dah nampak hitam tu kalian bolehlah berhenti tuangkan kicap ke dalam kuali tu ya. Jangan jadi masin sudah.

6. Biarkan menggelegak. Rasa sikit kuah kicap yang kalian masak. Sedap ke tak. Kalau masih rasa tawar, masukkan kicap lagi. Ingat, resepi ni tak ada tambah gula dan garam ya, sebab cili giling dan kicap tu dah memang cukup rasa- masam, masin, manis...

7. Akhir sekali, inilah saat yang kita tunggu-tunggu. Masukkan sotong yang sudah disiang dan dibersihkan tadi ke dalam kuali. Biarkan sekejap sahaja. Sotong ni tak boleh masak lama-lama, nanti jadi rasa liat macam getah. Alah, kalau dah jadi macam getah tu kalian kena makan juga. Nak buang tak boleh, membazir tukan amalan setan. Agak-agak dah mengegelegak sekali tu, dah boleh angkat masuk pinggan dah.

8. Okay, hidangkan. Boleh dimakan bersama nasi putih:) Kalau ada yang selera ala-ala Barat sikit tu, nak makan sotong masak kicap ni dengan spaghetti ke, pasta ke, steak ke...pun boleh. Hak tu semuanya bergantung pada tekak kalian lah. Aku makan sotong masak kicap dengan nasi je, lidah Melayu kan....

Resepi ni resepi ringkas sahaja. Aku ni jenis yang tak suka sangat benda leceh, jadi segala benda yang aku buat I will try my best to make it simple and easy. Jadi, kalau ada kekurangan maaflah. Selamat mencuba. Peace no war:)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.